Status Facebook Yang Mendapat ‘Like’ Terbanyak di Dunia

Apa yang anda harapkan setiap kali meng’update’ status di Facebook? Selain mengharapkan apa yang anda tulis itu dibaca dan dikomen oleh rakan-rakan anda, paling kurang anda mesti mengharapkan status anda itu mendapat klik ‘Like’ yang banyak. Kan Kan? Hehe..

Setakat ini berapa banyak ‘Like’ yang pernah anda dapat? Adakah melebihi jumlah status di bawah ini yang mendapat jumlah ‘Like’ sebanyak 588,243 kali dalam dalam tempoh 24 jam saja?

Status ini milik seorang rapper terkenal, Lil Wayne yang berjaya memecahkan Rekod Dunia Guinness dengan mendapatkan Likes terbanyak didunia dalam tempoh 24 jam sahaja..Jom tengok


Selain itu tempat kedua pula adalah milik syarikat Oreo dengan mendapat likes sebanyak 114,619 kali.

p/s: jelly princess? gotcha! haha

sumber:nizarazu

Selamanya Harimau Malaya!

Assalammualaikum,

Sempena kehangatan bola sepak Malaysia selepas menang emas di Sukan Sea di Indonesia, kami hadir ke perlawanan Malaysia vs Syria untuk Sukan Olimpik 2012 di London.  Walaupun Harimau Muda tumbang 0-2 kepada Syria, penyokong-penyokong Harimau Malaya tetap memberi sokongan yang padu kepada team Malaysia.  Tahniah Malaysia! Teruskan perjuanganmu! Enjoy the video!


p/s : #UltrasMalaya memberi suasana yang dramatik di stadium setiap perlawanan. Ohsemm!

Dua Permainan Desktop Upin Dan Ipin sedang dibangunkan oleh Les Copaque

Dari siri animasi television, movie dan kemudiannya ke games! Itulah gelombang animasi Upin Dan Ipin dari Malaysia ini.  Kedua-dua games ini dalam proses dan akan direleasekan tak lama lagi!






Permainan desktop yang pertama dikenali sebagai Upin & Ipin Dan Kawan-Kawan, yang mana lebih ditujukan kepada para peminat kanak-kanak. Melaluinya, ia lebih membawakan corak permainan berunsurkan pendidikan, dimana melaluinya ia menjana kreativiti dalam menyelesaikan sesuatu masalah, selain pada masa yang sama menyertakan beberapa pemasalahan matematik padanya.

 






 Selain daripada itu, Les Copaque juga turut sama sedang membangunkan permainan bercorak aksi, yang mana ditujukan kepada para peminat game dan juga peminat remaja dan yang lain-lain. Permainan bercorak aksi ini kelak akan mengikut jalan cerita filem Laksamana Upin & Ipin, dan mungkin akan kelak dilancarkan bersama-sama dengan filemnya kelak.
 

Buat masa ini, kedua-dua permainan ini sedang dalam proses pembangunan, dan masih lagi perlu memasuki pelbagai fasa pembangunan lagi. Ia masih tidak diketahui bilakah kedua-dua permainan ini akan dilancarkan.

 
p/s : sangat COMEL !! ^__^


credit : amanz

Angry Birds Versi Baru

Salah satu syarikat pembangun permainan mudah-alih yang berjaya adalah Rovio, melalui permainan popularnya, Angy Bird. Menariknya adalah mereka sering mengeluarkan kemaskini baru untuk permainan tersebut, dan kini telah pun mengeluarkan video promosi khas, memperlihatkan yang mana mereka bakal melepaskan versi baru permainan Angry Birds kepada umum tidak lama lagi.


Buat masa ini, tiada sebarang info berkaitan dengan permainan ini yang diketahui, selain daripada mana sebuah watak baru akan diperkenalkan melaluinya. Rovio hanya mengeluarkan sebuah video promosi sahaja buat masa ini, dan mungkin kita boleh lihat lebih maklumat berkaitan dengan permainan ini diketahui dalam masa terdekat ini.

Maklumat lanjut di Fan Page Angry Birds :-

p/s : comel betul burung kecik ni lompat2. ^^

credit:amanz

Bahasa Facebook (Melayu) FAIL!

Cuba anda tukar bahasa Facebook anda kepada Bahasa Melayu dan lihat pada Inbox dan cuba hantar mesej kepada rakan anda, dikotak tersebut akan tertulis "mengapa hidup ini banyak sangat masalah".  LOLLLLLLLLLLLL~  




LOL FAIL!





Update Terbaru Facebook

 

Sepertimana yang diketahui ramai, laman Facebook kini sedang mendapat penambahbaikan. Bagi yang tidak tahu, berikut merupakan senarai pembaharuan yang dilakukan oleh Facebook pada laman mereka:

  • Anda boleh menulis sehingga 5000 huruf pada post anda. Sebelum ini, anda hanya dibenarkan menggunakan 500 huruf.
  • Anda tidak lagi boleh menghantar mesej bersama friend request anda.
  • Navigation bar akan kekal pada bahagian atas skrin ketika anda skroll ke bawah.
  • Peringatan harijadi berada pada posisi atas bahagian kanan berdekatan dengan notifikasi poke. Apabila diklik, anda boleh menulis pada wall individu tersebut secara terus
  • Butang poke apabila ditekan akan menyenaraikan siapa yang telah poke anda.
  • Butang Profile digantikan dengan thumbnail dan nama anda.
  • News Feed kini memaparkan Top Story diatas dan Recent Story dibawahnya.
  • Anda boleh menanda mana-mana post rakan anda sebagai Top Story dan sebaliknya.
  • Fungsi Ticker memaparkan kemaskini aktiviti terbaru rakan anda.
  • Anda boleh memilih untuk subscribe atau unsubscribe kepada pada post rakan anda.
        
Latest update (23 Sept 2011) # Bahasa English diupdate dengan pelbagai fungsi iaitu : 
  •  English (Pirate)
  •  English (Upside Down)
  •  English (UK)
  •  English (US)
ramai yang tidak puas hati terhadap FB kerana kerap menukar interfacenya
Perubahan yang dibawakan oleh Facebook ini seperti yang lalu, mendapat pelbagai reaksi dimana beberapa pengguna menyukainya, dan beberapa pengguna yang tidak. Beberapa pengguna yang tidak menggemari fungsi Ticker boleh mendapatkan extension chrome yang membuang fungsi tersebut.

 credit : beta.my

Extreme Facebook

Assalammualaikum,

Sudah sekian lama tidak membuat video baru, kali ni kami muncul dengan video yang boleh dianggap 'hardcore'.  Facebook sudah semestinya dikenali oleh setiap orang, dan setiap orang  sudah mempunyai akaun yang sendiri.  Dan sesiapa yang addicted kat Facebook akan jadi macam video dibawah.  Troll hardcore punya.  Nak jadi macam ni?  Facebook adalah DADAH! Haha.



p/s : bukak full volume untuk menghayati lebih mendalam (bagi berjiwa hardcore)

Tutorial Install Flash Notes Cisco Networking Academy


Tutorial untuk menginstall flash notes ke IE (Internet Explorer).  Follow video tutorial dibawah yang dibuat khas untuk pelajar-pelajar CISCO.  :)

Cara-cara untuk dapatkan flash notes CISCO Fundamental Voice & Data Cabling :-

1. DOWNLOAD flash notes - Mediafire
2. Lihat tutorial dibawah

Laman web Ultras Malaya di hack hacker Singapore

Hacker Singapore telah hack laman web penyokong setia Harimau Malaya iaitu UltrasMalaya.net, mendakwa ini pembalasan kepada Hackers Malaysia untuk rakyat Singapura terhadap Hacker Malaysia yang telah menyerang laman web Singapore berikutan Malaysia gagal mara ke pusingan seterusnya dalam kelayakan Piala Dunia.



Hacker Singapore itu meninggalkan mesej :-


"UltrasMalaya.net hacked for having fans which constantly flame, hack and deface Singaporeans due to the recent Malaysia VS Singapore match.

"Checkmate, oh my!"



p/s: bulan puasa ni berbuat la banyak amal. bukan buat banyak deface. relax2 la dulu bro~ Harimau Malaya & Ultras Malaya tetap terbaik!

Anonymous : Operation Facebook, 5 Nov 2011

Assalammualaikum,


Ketika Facebook kelihatan semakin menguasai dunia realiti & IT, lebih hampir ia bagi saat akhirnya.  Ayat macam dalam movie 2012 jer.  Haha.

Awal tahun ini, terdapat cerita yang dijaja bahawa Facebook akan ditutup 15 Mac.  Tapi penjaja tu sembang je.  Bagaimanapun, sekarang kita mempunyai berita ancaman yang nampaknya boleh dipercayai.

Ia datang dari Anonymous, orang yang berhimpun menarik yang menyatakan prinsip mereka dalam jalan aktivis dengan memasuki sistem-sistem tidak menyangka atau hanya untuk memuaskan hati sendiri dan manusia.

Siaran video Anonymous yang agak menyeramkan serta spooky menyatakan Facebook akan terkena tempiasnya pada 5 November 2011.

p/s : Sama-sama kita musnahkan Facebook kerana ianya dadah. LOL. Hehe.

Malaysia VS Singapore, Harimau Malaya tetap kami sokong!

Assalammualaikum semua fans Harimau Malaya!


Bukit Jalil 28 JULY 2011 - Admin dan crew pergi ke Stadium Bkt Jalil dengan semangat yang membara untuk menyokong Harimau Malaya.  Admin tahu semua hampa, Malaysia telah tersingkir pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil.  Dan Malaysia kalah dengan Singapore iaitu singa laut.  Dan pada admin, Man Of The Match pada malam semalam adalah penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.  Dia banyak selamatkan gawang gol Malaysia dari cina buncit tu dan kuda tua import diaorang.  Singapore memang menggunakan taktik melengahkan masa dan drama.  Boleh masuk drama petang2 kat TV.

Stadium memang penuh sampai kena duduk bersidai kat tiang2. haha

Bangga dengan semangat rakyat Malaysia


p/s : seronok nyanyi lagu Negaraku beramai-ramai.  Semua berdiri tanpa disuruh :)  Kami tetap bersama Harimau Malaya walau apapun!

[TUTORIAL] Remove Facebook Chat Virus “hi. how are you?”

Bagaimana nak buang Facebook Chat Virus "hi. how are you?" AKA KOOBFACE

Share page ni kat rakan-rakan dan family, jika anda kasihankan mereka.

Sample chat :


        “hi. how are you?”
        *Jika anda balas, ia akan hantar anda:*
        “Wanna laugh? :) ”
        *Jika anda balas, ia akan hantar anda:*
        “It is you on the video ?)) want to see?)”
        *Jika anda balas, ia akan hantar anda link*



 The sample website :

Boleh ke komputer saya dijangkiti apabila saya klik link tersebut?
Tidak! Melainkan anda mendownload fail dari link tersebut.

Bagaimana nak settlekan?

Jika computer anda dijangkiti dan tak boleh masuk ke Facebook, lihat Method 1 @ 2.

METHOD 1


1. Buka hosts file
 
   - Klik Start dan pilih Run. Taip didalam kotak.
   - Untuk Windows NT dan Windows 2000
     > C:\winnt\system32\drivers\etc

   - Windows XP, Windows Vista or Windows 7
     > C:\Windows\System32\drivers\etc

♣ Klik OK.
♣ Cari file 'hosts' dan double-click ia.
♣ Pilih 'Notepad' untuk membuka file tersebut.

2. Edit dan save hosts file tersebut   

    *content dalam file hosts itu seperti ini
   - Cari perkataan facebook.com(contoh:"127.0.0.1 http://www.facebook.com")
   - Delete perkataan tersebut.
   - Save dan tutup hosts file tersebut.

*jika anda tidak jumpa file 'hosts' tersebut, ini kerana file itu hidden.  Sila tutup hidden untuk lihat file itu.


METHOD 2

1. Download SpyBot S&D dan Install.

2. Scan computer anda. Aplikasi ini mudah dan ringan.

3.Klik link dibawah yang berkait dengan CPU architecture anda (32-bit or 64-bit)..
NOTE:- Right-click file tersebut dan click "Run As Administrator".



32-bit : Download here

64-bit : Download here



credit : plus.evozi, informsecurities

Iklan Google+ DiFacebook DiBanned

Assalammualaikum,

Haa, admin nak cerita panas tentang Google+ dan Facebook.  Seorang facebookers bernama Michael Lee Johnson telah buat advertise di Facebook mengenai Google+ supaya kawan-kawannya add dia di Google+.  Tapi malangnya Facebook terus ban iklan yang dibuatnya itu.  Angkuh betul Facebook ni.  Hahaha.  



Dia tulis status di Google+:

I recently ran a Google+ advertisement on Facebook that got all of my campaigns suspended. – Great.


p/s : Janganlah korang invite Google+ kt kawan korang di FB sbb takut Account korang kena BAN. kah kah LOL

New Youtube Player

Assalammualaikum,

Hari ini Youtube milik Google telah pun mengeluarkan design baru bagi video player. Semenjak Google beli blogger, youtube, banyak yang Google modified. Memang hebat Google ni. Patutlah semalam admin nak play video punyelah lembab tahap kura-kura tengah batuk. Rupenya dorang tengah upgrade.



Semasa korang tengok video, korang mesti perasan yang control bar yang gelap berwarna hitam. Nampak cool je right? Papepun, jom layan Harry Potter Deathly Hallows Part 2 dalam 3D. Hohohoho.

p/s : Harry Potter mati nanti. hahahaha

Driver-less vehicles by GOOGLE

Assalammualaikum,

Nampak tajuk tu? "Driver-less vehicles" ni, kereta yang separuh dikawal oleh program. Alah, macam filem-filem hollywood tu? I, Robot lakonan Will Smith? Tetapi ianya hanya percubaan dan belum boleh lagi digunakan, namun kereta seperti ini hampir menjadi realiti seperti di Nevada, US. Tahniah GOOGLE!


Penggubal undang-undang telah meluluskan undang-undang membenarkan memandu kereta separuh program di Nevada, ini hasil daripada usaha-usaha oleh Google. Setakat ni di Nevada, kereta ni je yang diluluskan untuk digunakan atas jalan raya iaitu Toyota Prius dan Audi TT. Ingatkan boleh pasang kat kereta kancil admin. Kah kah kah!


p/s : kalau kereta auto macam gini, pemandu sendiri tido pun boleh. haha

GOOAPPLE



Assalammualaikum!

Haa, admin nk cerita tentang satu phone ni. Produk dari China banyak tiruan belaka, negara peniru/penciplak terbesar dunia itu telah membuat satu phone yang diberi nama GOOAPPLE. Hasil gabungan iPhone4 dan OS Android 2.2 yang telah diubahsuai menjadi IOS. Admin tengok pun macam nak angkat satu.


Dengan 460Mhz MTK6516 chip , 3.5 inches 480*320 skrin sesentuh, ketebalan 9.3mm, 5-megapixel kamera and 1.3-megapixel kamera depan, support WCDMA 3G connectivity dengan harga 1700 yuan/RM 800 sangat murah kan LOL? GOOAPPLE juga boleh disarungkan apa-apa case iPhone4 yang dijual di kedai. HP ciplak dari China yang terhebat admin rasa. FUHHH!





p/s : hebat betul orang china ni tiru barang. =="