Domain paling mahal di dunia

Kepada yang tidak tahu, nama domain itu adalah alamat url. Sebagai contohnya nama domain bagi facebook adalah facebook.com. PSP belum ade domain lagi, hehe. Nama domain merupakan satu aset yang sangat penting kerana ianya unik dan tidak ada nama domain lain yang seumpamanya. Berikut adalah senarai 10 nama domain yang paling mahal di dunia. Nak tau? tengok kebawah dan  cuba teka domain apa yang paling mahal.


10) Toys.com [2009] $5.1 million

toys.com
toys.com
Toys.com ini dimiliki oleh syarikat ToysRUs dalam satu bidaan pada tahun 2009. Kalau tukar jadi RM dalam RM 15 juta jugak la.  :D

9) Casino.com [2003] $5.5 million

casino.com
casino.com
Ini adalah laman untuk berjudi secara online. Sila jangan terjebak dengan laman web ini.

8) Israel.com [2008] $5.88 million

israel.com
israel.com
Kononnya laman ini adalah sumber utama berkenaan Israel. Pada awalnya domain ini dibeli oleh Joel Noel Friedman pada tahun 1996 untuk mengelakkan daripada nama domain ini disalah guna. ANTI-ISRAEL

7) Beer.com [2004] $7 million

beer.com
beer.com
Ini adalah enjin carian untuk beer dan perkara yang sama waktu dengannya.

6) Business.com [1999] $7.5 million

business.com
business.com
Ia adalah enjin carian untuk bisnes yang diasaskan oleh Jake Winebaum pada 1999.

5) Diamond.com [2006] $7.5 million

diamond.com
diamond.com
Kedai menjual berlian secara online hoho siapa yang rasa dia mampu dan berani untuk membeli berlian secara atas talian, sila la ye.

4) Porn.com [2007] $9.5 million

 Gambar telah ditapis. Budak2 main jauh2. Tengok je gambar einstein ni. Haha.

 

 3) Fund.com [2008] £9.99 million

fund.com
fund.com
Web yang memeberi informasi tentang peluang perlaburan, dan banyak lagi yang seumpama dengannya.

2) Sex.com [2006] $14 million

sex.com
sex.com
Memang patut domain ini yang paling mahal.. tapi malangnya tidak mendapat tempat pertama. Cuba teka domain apa yang lagi mahal dari sex.com ini.

1) Insure.com [2009] $16 million

insure.com
insure.com
Laman web ini menyediakan informasi berkaitan dengan insurans nyawa, kereta, kesihatan dan lain-lain lagi.


credit : cisdel

1 comments:


EmoticonEmoticon