Dua Permainan Desktop Upin Dan Ipin sedang dibangunkan oleh Les Copaque

Dari siri animasi television, movie dan kemudiannya ke games! Itulah gelombang animasi Upin Dan Ipin dari Malaysia ini.  Kedua-dua games ini dalam proses dan akan direleasekan tak lama lagi!






Permainan desktop yang pertama dikenali sebagai Upin & Ipin Dan Kawan-Kawan, yang mana lebih ditujukan kepada para peminat kanak-kanak. Melaluinya, ia lebih membawakan corak permainan berunsurkan pendidikan, dimana melaluinya ia menjana kreativiti dalam menyelesaikan sesuatu masalah, selain pada masa yang sama menyertakan beberapa pemasalahan matematik padanya.

 






 Selain daripada itu, Les Copaque juga turut sama sedang membangunkan permainan bercorak aksi, yang mana ditujukan kepada para peminat game dan juga peminat remaja dan yang lain-lain. Permainan bercorak aksi ini kelak akan mengikut jalan cerita filem Laksamana Upin & Ipin, dan mungkin akan kelak dilancarkan bersama-sama dengan filemnya kelak.
 

Buat masa ini, kedua-dua permainan ini sedang dalam proses pembangunan, dan masih lagi perlu memasuki pelbagai fasa pembangunan lagi. Ia masih tidak diketahui bilakah kedua-dua permainan ini akan dilancarkan.

 
p/s : sangat COMEL !! ^__^


credit : amanz

Angry Birds Versi Baru

Salah satu syarikat pembangun permainan mudah-alih yang berjaya adalah Rovio, melalui permainan popularnya, Angy Bird. Menariknya adalah mereka sering mengeluarkan kemaskini baru untuk permainan tersebut, dan kini telah pun mengeluarkan video promosi khas, memperlihatkan yang mana mereka bakal melepaskan versi baru permainan Angry Birds kepada umum tidak lama lagi.


Buat masa ini, tiada sebarang info berkaitan dengan permainan ini yang diketahui, selain daripada mana sebuah watak baru akan diperkenalkan melaluinya. Rovio hanya mengeluarkan sebuah video promosi sahaja buat masa ini, dan mungkin kita boleh lihat lebih maklumat berkaitan dengan permainan ini diketahui dalam masa terdekat ini.

Maklumat lanjut di Fan Page Angry Birds :-

p/s : comel betul burung kecik ni lompat2. ^^

credit:amanz