Showing posts with label prince studio. Show all posts
Showing posts with label prince studio. Show all posts

Selamanya Harimau Malaya!

Assalammualaikum,

Sempena kehangatan bola sepak Malaysia selepas menang emas di Sukan Sea di Indonesia, kami hadir ke perlawanan Malaysia vs Syria untuk Sukan Olimpik 2012 di London.  Walaupun Harimau Muda tumbang 0-2 kepada Syria, penyokong-penyokong Harimau Malaya tetap memberi sokongan yang padu kepada team Malaysia.  Tahniah Malaysia! Teruskan perjuanganmu! Enjoy the video!


p/s : #UltrasMalaya memberi suasana yang dramatik di stadium setiap perlawanan. Ohsemm!

Extreme Facebook

Assalammualaikum,

Sudah sekian lama tidak membuat video baru, kali ni kami muncul dengan video yang boleh dianggap 'hardcore'.  Facebook sudah semestinya dikenali oleh setiap orang, dan setiap orang  sudah mempunyai akaun yang sendiri.  Dan sesiapa yang addicted kat Facebook akan jadi macam video dibawah.  Troll hardcore punya.  Nak jadi macam ni?  Facebook adalah DADAH! Haha.



p/s : bukak full volume untuk menghayati lebih mendalam (bagi berjiwa hardcore)

Malaysia VS Singapore, Harimau Malaya tetap kami sokong!

Assalammualaikum semua fans Harimau Malaya!


Bukit Jalil 28 JULY 2011 - Admin dan crew pergi ke Stadium Bkt Jalil dengan semangat yang membara untuk menyokong Harimau Malaya.  Admin tahu semua hampa, Malaysia telah tersingkir pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil.  Dan Malaysia kalah dengan Singapore iaitu singa laut.  Dan pada admin, Man Of The Match pada malam semalam adalah penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.  Dia banyak selamatkan gawang gol Malaysia dari cina buncit tu dan kuda tua import diaorang.  Singapore memang menggunakan taktik melengahkan masa dan drama.  Boleh masuk drama petang2 kat TV.

Stadium memang penuh sampai kena duduk bersidai kat tiang2. haha

Bangga dengan semangat rakyat Malaysia


p/s : seronok nyanyi lagu Negaraku beramai-ramai.  Semua berdiri tanpa disuruh :)  Kami tetap bersama Harimau Malaya walau apapun!

Mizz Nina feat Flo Rida - Take Over



Assalammualaikum,

Admin ada buat video MP3 kali ini. Tajuknya lagunya Take Over. Selepas Mizz Nina keluarkan single hit What you waiting for ft Colby O'Donis, kali ni Mizz Nina digandingkan dengan Flo Rida pula. Wahh, Mizz Nina layan artis antarabangsa la, banyak duit kena keluarkan tu. Huhu. Ape2pun, layan lagu baru dari Mizz Nina bertajuk "Take Over".



p/s : Artis Malaysia semakin taraf Hollywood. Noh, jgn jeles..haha, suruh Hujan Band ft. Avenged Sevenfold. Gerenti meletop!! ;D

Sneek Peek Drama Lemon & Salt

Assalam,

Kami telah melakukan tugas kami dalam 1 hari untuk menyiapkan Chapter 1 ini. Tetapi gagal, kerana banyak scene yang tak dapat dilakukan kerana masalah-masalah teknikal. Namun, kami tetap bertungkus-lumus untuk menyiapkan Chapter 1 ini walaupun pada akhirnya Director menyatakan bahawa ini adalah rehearsel sahaja untuk melihat seberapa banyak mana kesilapan kami di dalam pembikinan video ini. Dengan mengedit video ini pada hari yang sama, maka terhasillah Sneek Peek Drama Lemon & Salt ini.





Berikan komen-komen anda terhadap video ini supaya kami dapat meng'upgrade'kan skill kami pada masa akan datang. Terima kasih! Kami sayang pengunjung kami!

Drama : Salt & Lemon

Assalammualaikum semua,

Prince.Studio Productions
akan menghasilkan karya yang bertajuk Salt & Lemon. Salt & Lemon ini berkisarkan drama tentang kehidupan seorang pelajar dan situasi disekeliling yang sering terjadi. Kami berpendapat bahawa karya ini akan dikeluarkan sebagai Short Chapter. Drama ini mempunyai 10 episod pendek. Kami akan melakukan tugas kami secepat mungkin untuk menghabiskan drama ini, tenaga pekerja kami akan melakukan lakonan yang terbaik dan yang pasti berkonsep High Definition (HD). Anda ingin menontonnya? Nantikan sebuah karya anak seni dari Malaysia! :)



Infomation :-
Production : Prince.Studio
Producer : Mohamad Nazrin
Director : Solehudin (0Ffaction)
Tajuk : Salt & Lemon