Buat Duit Online Dengan Facebook Page

Buat Duit Online Dengan Facebook Page

Pernah dengar Facebook Page? Tak pernah? Bior betol..?

Anggap la korang tak pernah dengar apa tu Facebook Page, ia adalah satu laman yang boleh dicipta di facebook. Tak kira untuk tempat, produk, personaliti, perkhidmatan dan sebagainya. Kebanyakan penjual di Facebook menggunakan kelebihan Facebook Page ini untuk menjual dan mempromosi barang mereka.
Add caption

Apa yang bagusnya Facebook Page nih? Macamana bolehbuat duit online dengan facebook page ni? Bagus dia macam kat bawah ni la lebih kurang...

1. Kelihatan lebih profesional
2. Korang boleh berlindung di sebalik page tu, komen dan like sebagai page
3. Tidak menganggu privacy Facebook peribadi korang
4. Tidak hilang kawan - takde la sape2 yang nak unfriend sbb menyampah dengan korang punya status tak henti-henti promote barang.. tag nama dorg plak tu.. 
5. Ada function insight dimana korang boleh perhati dari mana orang datang ke page korang, (kena ada 30 like sekurang-kurangnya)

banyak lagi.. cer pikir..

Ni contoh satu page yang agak simple yang aku siapkan tak sampai suku jam. Cer like page Kami tengok maharaja lawak tapi tak undi pun Facebook Page

Macamana nak buat? Cukup senang.. dalam masa 10 minit korang dah boleh siapkan dan mula buat duit online dengan Facebook Page. 

1. Bukak link https://www.facebook.com/pages/create/ 

2. Akan kuar option berikut; local business, company, brand, artist, entertainment, cause of community... korang pilih mana yang sesuai dengan page yang korang nak buat, masukkan detail yang dia mintak.. nama tu kena sesuai.. jangan mencarut, jangan ada kena mengena dengan trade mark orang lain

3. Selepas agree dengan term dia, akan ada proses kemasukan data, gambar, promote (promote ni korang boleh skip)

4. Dah siap.. Lepas tu boleh la touch up masukkan cover..



5. Lepas dah siap touch up.. post la 2 3 benda dalam page tu sebelum korang invite member-member korang yang beribu2 tu untuk like page baru korang.

Bila page dah ada 20 like, baru orang boleh search dengan search bar di facebook tu.

Ok, selamat mencuba... kalau dah berjaya buat, letak link page korang kat ruangan komen bawah ni.. kalau sempat aku like..

Selamat buat duit online dengan facebook page

Bagaimana Buat Duit Online Dengan Blog

Bagaimana Buat Duit Dengan Blog - soalan yang kerap aku terima.. aku pun sebenarnya tak tahu bagi jawapan sebenarnya. Dan orang yang bertanya pun cakap aku kedekut ilmu... mau kaya sorang... ntah paper la dorang ni... Sebenarnya ada banyak cara buat duit online dengan blog ni. Mungkin klau korang tanya lain orang, lain jawapannya... Aku pun tak tau jawapan yang tepat, dan yang mana satu sesuai dengan diri dorang..

Bagaimana Buat Duit Dengan Blog

Ni antara 5 program buat duit online yang popular bila dikaitkan dengan blog.

1. Adsense
Letakkan iklan adsense di blog korang, apabila orang klik korang akan dapat duit. Syarat, blog mesti bahasa Inggeris, pengunjung ramai.

2. Affiliate
Letakkan link affiliate di blog korang, apabila orang klik/ beli barang setelah mengklik link affiliate korang, korang akan akan dapat duit. Antara yang popular cj.com.

3. Clickbank
Ni sama gak macam affiliate, letakkan link korang didalam blog. Apabila ada orang membeli barang dari link clickbank yang korang letak dalam blog, korang akan dapat komisyen.

4. Jual Barang di blog
Ni tak kisah blog korang bahasa Melayu ke omputeh, korang jual la barang apa yang korang nak di dalam blog korang.. dan blog korang juga mestilah dipromosi supaya ramai pengunjung, baru la orang ramai kemungkinan beli barang korang.

5. Jual ruang iklan di blog.
Apabila korang ada satu blog yang popular, mudahlah korang akan dapat iklan. Orang lain juga berminat hendak mengiklankan dalam blog korang. Korang boleh letakkan harga.. sebaris, RM10 sebulan atau gambar kotak kecil RM50 sebulan.


Dah tentu orang akan tanya lagi.. Macamana nak buat tu... Aku pun nak jawab susah juga.. Kena la study dulu, apa itu blog, apa itu adsense, apa tu clickbank.. bukan tekan punat jadi terus... Bole cuba tanya kat Google atau Yahoo. 

Secara ringkas boleh tengok gambar dibawah;

Buat Duit Dengan Blog