Telefon Bimbit Kaca Aston Martin

Siapa minat Aston Martin ?? Ada berita menakjubkan dari Aston Martin yang mana Aston Martin akan mengeluarkan telefon bimbit yang berkonsep bentuk KACA! Kaca lutsinar begini bukan sahaja sekeping kaca, ia konsep telefon lutsinar yang direka bentuk oleh Mobiado dan membawa logo Aston Martin. Ia dinamakan CPT002, aik? kenapa tak 007? James Bond? Haha.

Prototaip ini dibuat menggunakan sepotong gelas biru cerah dan titanium. Ia menampilkan skrin sesentuh dan menggunakan OS Google Android.
Tambahan pula, mungkin macam satu khayalan yang tak boleh diterima akal (sebab kaca kan? kalau jatuh? apa jadi? takkan kita tersenyum? mesti lah PECAH! haha) Semakin hari semakin berkembang teknologi di dunia ni kan? Makin banyak benda pelik-pelik wujud. Tapi pada admin, satu perkara baru bagi Aston Martin kerana hendak mencuba dalam bidang telefon bimbit.


Teringat dekat kereta Aston Martin dalam movie Casino Royale! Tough kot! Minat betul. Teringin jugak nak punya satu. :p











P/s : Kalaulah bentuknya menggunakan kaca, harganya agak-agak berapa ek? RM6000++? Huhh! Boleh beli kamera DSLR sebijik dengan aksesori la dan siap makan kat kedai mamak 2 kali. :)


EmoticonEmoticon